24 Feb 2017 - 3 March 2017 - Western Australia

Tuesday, March 07, 2017

Ini adalah #Throwback

Kenapa aku tulis Western Australia dan bukan Perth? sebabnya aku bukan duduk kat Perth sahaja kitorang travel banyak tempat.

Untuk makluman travel kitorang selalunye bukan untuk bershopping tetapi lebih kepada scenery dimana kita boleh tengok kebesaran Allah dengan pelbagai ciptaanNya dan mensyukuri nikmat2 kurniaanNya.

Hujung Feb - Awal March masih lagi dalam musim panas dan menghampiri musim luruh. Kenape kami pilih summer sebabnya...

1. Tiket Murah
2. Siang Panjang
3. Aku dah rasa Winter masa pergi Turki, Autumn di Korea dan Spring di Turki. Summer belum lagi rase.

dan yang paling penting kene bajet masa perjalanan supaya sampai kat tempat tu sebelum malam sebab kat australia tak digalakkan drive malam disebabkan banyak haiwan keluar waktu malam dan faktor jalan tak berlampu dan less traffic terutamanya di kawasan rural berbanding di bandar. Serius agak menakotkan sebab masa perjalanan kami dari Augusta ke Walpole menggunakan jalan baru yang sangat - sangat less traffic melalui kawasan Nasional Park.. bayangkan pokok besar - besar dan tiada lampu jalan mahupun perhentian.. redup je sepanjang perjalanan sebab pokok tinggi.. dalam hati dah terfikir macam - macam. Aku doa je la semoga tak jadi pape sepanjang perjalanan sebab takde orang kot nak minta tolong nanti.. huawaa.. Alhamdulillah Allah lindungi kami sepanjang perjalanan. Kami hanya bertembung dengan Kangaroo or mungkin Wallaby (saiz lebih kecil dari kangaroo).

Tiket flight dah beli 2 - 3 bulan awal.. takde la awal setahun.. aku bukan rajin nak tengok tiket. dulu aku jalan sensorang pon guna travel agency kalau ke luar negara salah satu faktor sebab taknak mak ayah aku risau jalan sensorg kat oversea. kalu dalam malaysia aku redah je sensorg pon.

Disebabkan tak pakai travel agency.. kene prepare itinerary dan cost estimate awal - awal sebab nak bajet berape total cost dan berapa jauh drive. Penting tau..!!

Ni kereta sewa kami
Aku rase aku malas nk mengupload gambar.. huhu.. sighhh......



You Might Also Like

0 comments